Monday, August 08, 2011

:::~ salam ramadhan! ~:::

Assalamualaikum...

sorry sebab lambat bersiaran untuk mengucapkan "selamat berpuasa" untuk kawan-kawan semua...
tak tau la sejak dua menjak ni, mood untuk mengarang jatuh merudum!
angin malas bertimpa-timpa...

bukan setakat malas nak mengarang ayat dalam blog, malas jugak untuk memasak, malas nak snap gambar makanan... eehhehe...

tahun ni, adalah kali pertama aku menyambut ramadhan berdua dengan usben aku. dulu kan aku still stay ngan family aku.. tapi sekarang ni dah menyewa umah lain.. agak jauh la dari family aku..*sedih*

dulu masa dok ngan mama, semuanya dilakukan secara berjemaah! dari sediaka makanan untuk berbuka, berbuka, sediakan makanan untuk sahur dan bersahur jugak secara beramai-ramai...
tapi tahun ni, kami hanya dua orang ja yang berbuka dan bersahur.. untuk menyediakan semua tu, harus la aku sorang ja... huwaaa huwaaa.... tapi tak pa la.. sekurang-kurangnya merasa jugak la kan.. *senyum*

dulu sebelum kawen, aku memang tak brapa rajin la nak bangun sahur ni.. lebih sayang kan tidoq aku tu dari nak buat pahala.. tapi sekarang, mau tak mau, aku kena bangun jugak.. nasib la usben aku jenis orang yang simple.. so masak pun yang simple-simple ja la..

bila time berbuka, kalo angin malas aku menjelma, harus la pi menyinggah bazar ramadhan kat perda tu...
tapi kalo dah nama nak makan untuk berdua, tak de mana nya nak beli belambak-lambak tu! kadang-kadang tu cuma beli bihun sup sebungkus ngan roti john ja.. tapi usben aku suka makan nasi bila berbuka.. baru terasa puas katanya! adoi.... nasib baik bulan puasa ni aku balik kul 4.30 petang. sempat jugak la nak berkuntau kat dapur tu...

bila bulan puasa ni, aku teringat masa aku tinggal kat umah klaster kat sg ara tu...
mewah ngan makanan...
setiap jiran masak juadah untuk berbuka, pastu sedekah kan kat jiran terdekat..
satu line kat umah tu ada 10 buah umah termasuk umah aku, kadang-kadang, 9 jenis juadah aku dapat.. jenuh nak abehkan! tapi sekarang, kat umah sewa aku tak dak pun budaya macam tu.. agaknya, sebab aku pun tak sedekahkan kat jiran aku kot! hahahahha....

start hari pertama puasa, kat umah sewa aku ni dah ada budak-budak main mercun!
kebabom sana, kebabom sini! main mercun tu hati-hati ya adik-adik sekalian, jangan sampai terputus jari sudah ye! sat beraya dengan jari tadak! dan jangan sampai terbakar umah tau! macam kat umah aku di sg ara dulu.. umah kat kuarters TNB terbakar sebab anak main mercun dalam umah! 

okey la.. tak nak la bebel-bebel panjang-panjang lagi...
jap lagi nak masukkan entry bergambar!

0 comments: