salam....
hari ni da masuk hari ke 9 kita puasa kan...
sat ja rasa nya!
semalam balik keja, kelam kabut la bukak fridge, tengok apa bahan yang ada yang boleh aku masak...
mee kuning ada balance yang aritu punya, so aku rasa macam nak makan mee goreng...
main campak-campak ja apa yang ada....
aku suka mee kering-kering dari mee basah-basah..
sebab mee basah ni macam mengambang sket!
hahahha...
tapi kalo lapar, tak kira la basah ka, kering ka, janji leh makan....
untuk sahur, aku buat tomyam ayam..
tapi aku lupa nak snap gambar! :)
dan seperti biasa, sorry sebab kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai hp ja!
aku nak taip resepi, tapi tak dak sukatan kot, sebab aku rasa apa yang aku nak lebih, aku lebih kan....
bak kata orang, aku ni jenis orang tua... kojaq!!!!
hahhaha.. orang tua-tua kan masak tadak sukatan! macam tu jugak la aku!
bahan-bahan:
mee kuning 1 bungkus - tapi aku pakai setengah bungkus ja.. - cuci dan toskan.
minyak untuk tumis.
bawang merah - kisar.
bawang besar - kisar.
bawang putih - kisar.
cili boh atau cili kering dikisar - aku letak dalam 1 1/2 sudu.
tomato sos - aku letak dalam 3 sudu.
kicap pekat - aku pakai cap MAJU.. sedap! :)
kiub pati ayam 1.
telur ayam 1 biji.
udang basah - aku letak segengam dan aku buang kulit.
fishball dan fishcake - aku goreng dulu.(dihiris)
sosej sebatang - pun aku goreng dulu.(dihiris)
buah tomato 1 biji. dibelah 6.
daun bawang /daun sup sikit.
garam
air sikit.
*aku tak letak sayur sebab tadak stok kat umah*
cara-cara:
1- Panaskan minyak, tumis bawang smpai naik bau. masukkan cili boh / cili kering tadi. biar sampai cili agak masak.
2- Masukkan udang, sos tomato, kicap dan buah tomato. kacau rata.
3- kalo agak pekat sangat, masukkan air sikit. agak-agak sendiri la ya. kemudiam masukkan kiub, garam. garam tak payah banyak sangat, sebab mee kuning tu dah masin.
4- masukkan mee, fishcake, fishball dan sosej. kacau sampai rata...
5- kemudian masukkan telur, kacau la sampai telur dan mee tu masak.
6-masukkan daun bawang dan daun sup...
7-kacau rata, pastu dah boleh hidang! :)
ni cara yang selalu aku buat. sebab aku suka mee jenis macam ni..
lain orang, lain citarasa! :)
*tengah dok pikiaq, petang ni nak masak apa pulak!*



0 comments:
Post a Comment