tadaaaa!!!!
tadi kat entry sebelum ni, aku da kata kan nak masukkan entry bergambar...
sila jangan terliur tau!
sorry la kalo gambar ni kelabu!
pakai camera hp ja pun!
sebenarnya dari hari pertama puasa aku dah tak sihat. selsema, batuk ngan demam agak teruk jugak la... sampai aku cuti 2 hari sebab tak larat sangat nak mai keja.. memandangkan sepanjang aku tak sihat tu, aku tak masak, bila da okey tu, mula la terasa nak makan macam-macam! hahahha... salah satunya pizza...
nak beli, rasa macam tak cukup! *gila tamak pompuan neh!*
kalo da macam tu kekdahnya, aku buat la sendiri!!!
tapi aku malas nak buat roti untuk base nya...
aku pakai roti pita je.. beli kat tesco...
ni la ghupa pizza aku yang dah siap di masak!
base dia aku gunakan roti pita. aku cucuk-cucuk ngan garpu supaya roti aku tu tak kembong. then aku sapu butter dan jugak sos spegetti garlic n parmesan.atas sos tu aku taburkan mozarella cheese. aku letakkan jugak bawang besar yang aku potong dadu dan button mushroom yang aku slice kan.
lepas tu, aku letakkan sosej cheese yang telah aku rebus dan gaulkan dengan butter.
disebab kan aku tak berapa rajin nak buat isi ayam sendiri, maka aku dengan jaya nya telah menggoreng drummet ayamas yang ada dalam fridge tu untuk dijadikan sebagai salah satu topping pizza aku ni. lepas goreng, aku siat-siatkan isi ayam tu dan tabur kat atas pizza.
ni lah part yang paling aku suka! bab menaburkan mozarella cheese ni, sebab aku boleh taburkan sesuka hati aku kali aku buat pizza sendiri.. kalo beli kat kedai, sikit ja cheese nya tu! cheese tu aku beli yang bar punya, balik aku sagat sendiri!
ni rupa lepas kuar dari oven ya!
sementara menunggu waktu berbuka, jenuh jugak la menahan selera aku ni...
tak nampak makanan lain dah selain pizza!
bukan ni ja ya juadah berbuka aku aritu.. ada lagi..
tunggu.....
kali ni aku taip resepi sekali...









1 comments:
apa ni tunjuk je ke...ingat nk bg rasa.. dah le posa...waaaaaaaaaaaa
Post a Comment