Monday, August 15, 2011

::~ menu berbuka 12, 13 dan 14 ramadhan ~::

salam ramadhan yang ke 15...
wah...
sat ja kan, dah 15 hari kita berpuasa....
pasni dah buleh dengaq la lagu raya kat radio kan...
macam kat opis aku ni, tak payah dengaq radio pun,
ada ja opismate aku pasang lagu raya dah!
dari minggu lepas lagi dah pun..
jadinya, harus la aku pun feeling-feeling tukar mood ke mood raya kan!

sabtu aritu, aku balik umah mama kat sungai ara..
insyaAllah, lepas ni kat kola nerang pulak!

entry kali ni agak panjang kot.
sebab aku rasa macam tak rajin nak post banyak-banyak kali..
aku post untuk 3 hari yang tak bersiaran tu kan!
tujuan aku letak gambaq makanan kat blog aku ni, bukan la saja nak bagi orang terliur. eh, ada ka yang terliur??? gambaq pun kelabu ja.. maklumla, pakai camera hp ja...
bukan tadak camera yang clear sket, tapi kat umah sewa aku ni, apa pun tadak.
takdak barang-barang berharga. sebab da serik...
time aku bawak balik lappy aku aritu, ada kejadian pecah selak pintu umah aku. then, cermin pun terbukak...
adoi.. nasib la pencuri tak dan nak masuk umah..
kalau tak, apa la yang di anak amek selain lappy!
so, pengajaran dia, aku tak letak apa pun barang berharga kecuali 2 benda..
eheheheh...

ok la, berbalik pada menu..
hari jumaat minggu lepas, bersamaan 12 Ramadhan,
aku tak masak. cuma beli ja kat bazar ramadhan.
sebab aku da teruja nak balik sungai ara, nak makan kanji a.k.a bubur lambuk mama aku!

jadinya, aku beli kuih kat akak yang juai kat opis aku ni..
sedap-sedap okey kuih akak ni..
yang paling aku suka, kuih lopes dia!
lembuttttttt ja!
tapi aku lupa amek gambar!
ehehehhe

12 Ramadhan


ni laksa usben aku. beli kat bazar jugak. ok la.. sedap jugak la... cuma sedikitttttttttt ja kurang masin...

 yang ni aku punya, rojak singapore! atau pasembor kalo orang penang panggil!


13 Ramadhan, Sabtu.

tadaaaaaaa!!! benda ni dah jadi fevret aku.
tapi bukan aku yang masak, adik aku yang buat.
nama dia Puding Roti Tuna kot!
puding kah? bukan bingka kah????
mana-mana pun takpa, asalkan sedap!
tuna yang pedas, ada rasa lemak-lemak, pastu dengan cheese yang banyak....
mabeles!
kalau nak resepi, sila la pi kecek-kecek kat adik aku ya!
hahahhaha....

aku sampai umah mama aku da kul 6 lebih.
sebab usben aku balik keja kul 5...
bila aku sampai, semua da terhidang kat atas meja makan.
tok su aku pun ada..
kiranya, kami ber enam la berbuka untuk hari sabtu dengan ahad...


macam kenai ja kan dengan benda ni?????
ya.... Suji Manis AGAIN!
lemak tak ingat la suji ni...
sebab aku tambah serbuk badam.
then aku guna susu IDEAL. jadi manis sket la kot!
tapi family aku suka!
adik aku jangan cakap la, sampai sahur pun benda ni la dia makan!
nasik tak makan, makan suji ni ja...
resepi DISINI ya.
cuma aku tambah serbuk badam ja. sebab tu la berlemak segala..


hahahha..
tiba-tiba muncul 2 ketul ayam KFC ni!
usben aku balik keja, tiba-tiba bawak KFC ni, tapi letak dalam polisterin!
rupa nya bos tempat keja dia bagi sorang 2 ketul...
siap dengan air tin bagai....
rezeki... (tapi aku tak jamah pun, sebab da kenyang sangat)


ninjiaaaaaa!!!!
kanji mama aku!
putih gebu macam mama aku jugak!
hahahha...
aku yang request nak kanji ni last week.
then, tok su aku pun request jugak suh buat....
sudahnya, seperiuk besaq mama aku buat!
makan la sampai kenyang!
memang fevret aku la neh!
yang ni pun, kalau nak resepi, pi la rajin-rajin nyendeng-nyendeng kat mama aku ya...


air aritu, ada 3 jenis okey!
tapi 1 ja aku sempat snap!
laici susu... AGAIN!
air blackcurrent dan air kopi o panas...


lepas tu, mama aku masak sambal telur ikan batu belah batu bertangkup!
hahahha...
adik aku punya request!


selesai la tayangan untuk menu hari sabtu...
sudahnya, tarawih kemana, aku pun melayari mimpi ntah kemana..
kenyang sangat-sangat!
apa pun, terubat rasa rindu aku kat kanji tu!
memang aku makan bermangkuk-mangkuk..
(buruk lantak betui la ini perempuan!)


14 Ramadhan, Ahad.

ni menu semalam...
sapa nak, pi umah mak aku!
ada lagi....
hahahhaha....
pagi semalam, aku dengan gigihnya buat Shepherd Pie!
wah!
da 2 hari makan menu orang putih ya!
kaya dengan keju-keju!
lepas ni, sila la muak okey!

tengok ja kat blog CMG tu ya.
sebab aku tak sempat nak taip resepi...
time lunch da nak abeh!
seperti biasa, kalau aku yang masak, apa yang aku suka, aku lebihkan...
serius, memang sedap!
tak rugi kalau try!
kalah pie yang dijual kat SC!
hahahha....

ni sebelum masuk oven. tengok la cheese tu banyak mana...


yang ni setelah keluar dari oven.


opssss! puding roti tuna adik aku still ada. 1 loyang besaqqqqq dia buat okey!


yang kat bawah ni, resepi Tok Su aku. dia penah keja jadi maid orang putih!
Broccoli masak apa aku pun tak tau nama dia!
memang sedap!
lemak-lemak gitu!
abah aku punya fevret!
ehehhehe...

rebus broccoli, then tos kan.
pukul 2 bijik telur  + susu cair, letak garam, kiub,lada hitam, then tuang dalam broccoli yang di susun dalam loyang. taburkan cheese.
lepas tu masukkan dalam oven, bakar sampai jadi kaler perang!
sedap gila!


ni pie aku. macam mana pic ni leh tersesat sampai kat bawah ni ntah!


banyak betui menu semalam!
hahahhaha....
pie tee..
tak buat pun..
beli ja kat kedai.
sebab semalam keluar pegi Sunway Carnival...
mama ngan adik aku yang soping.
aku cuma pi cuci mata ja...


haaa.. ni rupa boccoli tu sebelum dibakar~


yang ni selepas keluar dari oven! sorry gambar blurrrrr..


ni dalam pinggan aku..
round yang pertama ya!
round yang selepas tu, aku da lupa nak amek gambaq, sebab aku da teruja nak makan....


cukup-cukup la kot aku bersiaran untuk hari ni...
nak sambung buat keja pulak!
hari ni pun aku tak masak.
sebab bahan tak dak kat umah!
ehehehe..
alasan ja tu....
so, nak pikir la pulak, apa yang aku nak beli jap lagi kat bazar!
daaaaaaaaaa......

0 comments: