Thursday, August 11, 2011

::~ menu berbuka 10 ramadhan - ayam masak lemak cili api + air laici susu ~::

salam khamis!
wah...
cepatnya masa berlalu!
hari ni dah pun 11 ramadhan..

tadi aku da dapat baju raya yang aku tempah kat nadia.
teruja gila neh nak menerai baju tu sat lagi.
banyak jugak la baju aku tahun ni, berbanding dengan raya tahun lepas..
sebab tahun ni aku da jumpa dengan tukang jahit yang best!
to cikpah n nadia, ai nanti jadi regular customer cikpah ngan nadia tau!
gila suka ngan baju yang ada labuci bunga-bunga tu!

kat opi sni jugak, aku tengah dengar lagu raya..
hahahahha...
semangat betui!
semalam aku lupa bawak lagu raya tu, hari ni seisi membalas dendam la!
sekarang ni tengah menaip ni pun aku tengah mendengar lagu raya!
huhuhu....

semalam aku berbuka dengan nasik + ayam masak lemak cili api + kerabu mangga + kuih..
air nya , laici susu ais!

semalam malas nak singgah bazar ramadhan.
kuih aku beli ja kat opis..
risolles, kuih cara, lepat pisang dan balance murtabak perda yang sedap tu!
murtabak kat bazar ramadhan perda tu, nama tok kun kot! aku tak ingat!
sedap! aku suka! daging pun banyak... harga 2 ringgit ja..
tapi kalau pi lambat, selamat beratur ya!
time aku pi, orang tak dak lagi..
so aku tak payah nak menunggu lama-lama...
sat lagi aku nk singgah beli lagi!
hahahhaha...

masa kat opis, col usben, mintak tolong belikan bahan-bahan nak masak masak lemak cili api ayam ni..
dia sampai umah kul 6, terus aku start masak. resepi paling simple tapi menjadi fevret usben aku!
tak yah tumis-tumis bagai...
rebus ja semua...
aku letak:

ayam
bawang merah - dikisar
bawang putih sket - dikisar
bawang besar di belah-belah
kunyit hidup - dikisar
cili api - dikisar
asam keping
serai dititik
garam
kiub pati ayam
air sket
santan

cara aku buat:

masukkan semua bahan kisar dan ayam kecuali santan dalam periuk. masak sampai ayam tu keluarkan air.
lepas tu aku masukkan air sikit. adjust ikot suka la.
dah mendidih, aku masukkan santan. lepas tu rasa la apa yang patut, masin tak, manis tak..
kacau sampai kuah tu mendidih dan sampai ayam masak.
senang kan!
menu ni jugak aku makan masa sahur pagi tadi! :)



kerabu mangga ni aku beli kat bazar ramadhan


kuih cara, lepat pisang, risolles(betui ka aku eja neh??) dan balance murtabak


usben aku suka makan nasik waktu berbuka. so, aku masak 1 lauk ja.. tak sempat nak masak banyak-banyak lauk! eheheh...


ni air laici susu. memang fevret aku la air ni, sebab aku memang suka benda-benda yang berasaskan susu!
laci dalam tin tu aku campurkan dengan susu cair 1 tin, tambah gula sket, letak ais batu!
sorry sebab dalam gambar ni da tinggal separuh jug. sebab aku da tuang masuk dalam gelas!
dan hasilnya, usben aku suka sangat!


sebenarnya aku nak amek gambar air dalam gelas, tapi disebab kan aku pakai gelas yang tak leh nampak air kat dalam tu, aku snap dari atas je la...


*sorry ya, gambar kurang memuaskan, sebab pakai camera hp!*

hari ni aku rasa macam tak rajin nak masak. balik keja, aku nak ke bazar ramadhan. nak cari murtabak! :)

0 comments: