Tuesday, August 09, 2011

::~ kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang 8 Ogos 2011 ~::

Kemalangan Maut di Jambatan Pulau Pinang akibatkan Sesak 10 KM!!

BUTTERWORTH: Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama lebih empat jam bermula jam 7 pagi tadi di Lebuhraya Utara Selatan dari tol Sungai Dua menghala ke Jambatan Pulau Pinang di sini berikutan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan lori treler.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din, berkata kemalangan di kilometer 5.1 Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau itu berlaku pada jam 6.50 pagi.

Katanya, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Azhar Pakwanteh, 52, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang treler itu yang membawa besi cerucuk.

"Mangsa yang bekerja kilang dalam perjalanan dari Lunas, Kedah ke tempat kerjanya di Bayan lepas," katanya ketika dihubungi di sini.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, akibat kemalangan itu, berlaku beberapa kemalangan kecil di jambatan itu menyebabkan kesesakan bertambah teruk. Sumber: mymetro

**
patut la semalam sesak terok kat bridge. yang aku nampak, ada 4 kemalangan termasuk yang dalam berita ni. aku kuar umah dari perda kul 7.00 pagi. tapi sampai kat opis jam 8.30 pagi!
sebelum sampai tol jambatan, ada kemalangan jugak, myvi dengan kancil kot...
masa aku lalu di tengah-tengah jambatan, mayat telah dihantar ke hospital kot. sebab aku cuma nampak darah ja dengan motor tu. dekat-dekat kawasan eksiden tu, aku nampak 2 bijik kereta bercium! haiyooo....
di laluan bertentangan pulak, kalau tak salah aku, 6 atau 7 bijik kereta pun dok lawan bercium!
pandulah dengan berhati-hati dan secara berhemah.. jangan kerana kecuaian kita, orang yang tak bersalah yang jadi mangsa.

takziah untuk keluarga mangsa yang maut, Azhar Pakwanteh. Al-Fatihah disedekah kan untuk arwah.

1 comments: