** untuk bacaan yang berkenaan sahaja, kalau yang tak berkenaan, tak mau baca pun takpa, kalau baja jugak, jangan dok sentap-sentap ya... **
salam selasa...
dua bulan kebelakangan ni, keadaan aku agak tegang, maka mood untuk menulis cerita pasal masak-masak, makan-makan dan jalan-jalan agak menurun.. errr.. bukan agak lagi dah, memang jatuh merudum terus kot....
bukan disebabkan tekanan kerja aku jadi macam ni.. tidak sama sekali.. aku enjoy dengan kerja aku walaupun kadang-kadang sistem buat hal... errrr... kadang-kadang kah? aku rasa hampir setiap hari kot....
tapi benda ni tidak lah buat aku berada dalam keadaan tertekan sangat pun...
banyak lagi keja lain aku boleh buat kan....
stress aku sebenarnya ke arah lain...
bukan kisah rumahtangga...
tapi kisah sahabat....
dulu la....
skang ni da jadi musibat kot!
ini bukan kali pertama terjadi dalam hidup aku selama 29 tahun aku bernafas di dunia ini....
kejadian pertama, aku masih terasa kehilangan seorang teman rapat...
tapi perasaan sedih aku tu tidak lah berpanjangan dalam hati aku..
mungkin aku tak ambil kejadian tu sebagai pengajaran, maka aku 'ter' mempunyai teman rapat sekali lagi...
kejadian kali ini adalah pengajaran terhebat buat aku...
mungkin pemikiran aku dan orang lain tak sama...
apabila aku rapat dengan seseorang, aku memberikan kasih sayang sebagai seorang adik kepada kakak, aku percayakan seseorang tu macam aku percayakan kakak aku, walaupun aku tak mempunyai kakak...
inilah pengajaran buat aku...
aku tak kisah kalau orang mintak aku tolong untuk buat benda yang aku memang mampu buat...
mungkin dah memang sifat aku macam tu....
mudah kesian kat orang, tapi ianya memakan diri aku balik...
tapi tak pa la....
aku pun bukannya banyak sangat pahala kan..
kalo aku berbudi kat orang, kot-kot la dapat ganjaran yang lebih baik kan....
tapi, kalo mak aku pun berbudi untuk hang, adik aku pun berbudi jugak untuk hang, akhirnya, sama jugak balasan yang depa dapat sepertimana yang aku terima sekarang ni...
budi dibalas dengan maki hamun dan carutan serta jelingan....
bak kata pepatah " ibarat melepaskan ANJING dalam kesusahan, akhir nya ANJING tu jugak yang gigit kita"... ANJING tu jugak la yang dok melalak-lalak maki hamun kita...
haiyooo....
dimana letaknya budi bahasa hang? kalau pun tak kenangkan apa yang telah aku buat untuk hang, sekurang-kurangnya, kenangkan lah apa yang telah mak dan adik aku lakukan untuk tolong hang masa hang susah dulu...
kalau ada masalah dengan aku, tak payah la nak merawit sampai nak bermusuhan dengan family aku...
kalau ikotkan kata hati aku, mau saja aku carutkan hang sebagaimana hang maki hamun aku, tapi aku bukan ANJING macam hang okey! dari aku layan carutan hang, makian hang, baik aku baca Al-Quran ka, hapai ayat doa Al-Ma'thurat ka.. sekurang-kurangnya kurang la sikit dosa aku kan....
aku sendiri sebenaqnya kurang jelas, macam mana buleh sampai ke tahap ni...
memang aku tengah panas hati pasal kes yang berlaku tu, tapi aku tak pernah terfikir akan sampai ketahap macam ni...
dalam persahabatan, memang akan ada perselisihan pendapat, salah faham dan sebagainya, tapi benda tu aku rasa boleh settle kot kalo bincang elok-elok... ni tak, terus maki hamun, terus buat musuh segala... mungkin aku tak tau cara nak bersahabat, tapi dengan kawan-kawan lain, okey ja...
aku tak tau nk describe perasaan aku ni macam mana... apa rasa dalam hati aku... nak kata sedih, ada la sikit-sikit, tapi selain dari sedih tu, aku rasa macam " ya Allah, yang ni ka perangai kawan aku yg sebenaqnya???"
aku tak paham, pasepa hang kena jadi sampai macam tu sekali? disebabkan orang lain, hang kena maki aku terok-terok, hang kena kata kat aku macam-macam..
hina sangat kah aku ni? terok sangat kah aku ni? masa hang susah, hang tak nampak pun aku hina, hang tak nampak pun aku ni terok kan... yang hina ni la yang tolong hang sejak kebelakangan ni kan? keluarga si hina ni jugak la yang tolong hang bila mak ayah hang tak peduli kat hang kan? yang sediakan makanan minuman bilik untuk hang duduk, yang berkongsi masalah dengan hang, yang bagi nasihat kat hang.... aku tak penah pulak lari dari umah pi dok umah hang berhari-hari, tak penah pulak hang kena teman aku dok kat hotel sebab gadoh ngan mak hang, tak penah pulak aku pi makan makanan kat umah hang kan....
aku ingat, dah cukup la aritu aku dah luahkan perasaan dalam blog aku, rupanya dok ada lagi kisah yang tah habeh... sudah-sudah la tu pompuan.. bawak-bawak la bersabaq... tak guna hang dok maki aku, hang dok musuh ngan family aku, bukan jauh pun, kot mana pun, satu hari nanti saling memerlukan jugak untuk mintak tolong dengan jiran-jiran kan...
dah masuk bulan yang baik ni, bawak-bwak la belajaq jangan dok maki-maki orang, carut-carut kan orang... aku peringat untuk diri aku jugak ni...
jadinya, apa yang aku dapat dari hang adalah pengajaran yang terbesaq dalam hidup aku...
terima kasih sebab sedaqkan aku tentang perangai manusia seperti hang....
1 comments:
teringat jugak 'sahabat' saye yang saye kenel berbelas tahun lamenyer.. tapi akhirnyer..die jugak lar musuh saye.. biler segale rahsia kite tak pernah disimpan ngan baik.. segale aib kite dibuka.. dan segale keburukan kite dicanang.. so kini die hanye lar seseorang yang tak langsung saye kenali..:(
Post a Comment