Tuesday, December 06, 2011

:: kembali bersiaran::

Assalamualaikum..

Ya Allah... Dah berhabuk bebeno blog aku neh.
Ada lah dalam 2 bulan aku tak pandang-pandang jeling-jeling kat sini..
Nak buat macam mana kan..
Tugas hakiki menunggu Dan beratur umpama nak beli coconut shake kat pantai klebang tu!
Eh apa pulak pantai klebang neh?????

Rindu jugak nak menaip Dan mentaip kat blog sebenarnya. Tapi kesibukan tu yang membuatkan aku tak sempat mencurahkan idea untuk merapu meraban kat sini.

Tambahan pulak sekarang ni musim kenduri. Hadoi...
Tiap-tiap minggu la ada ja jemputan kenduri kawen ni kan.

Sebelum aku melalut merapu meraban yang tah kemana nanti, aku nak amek kesempatan nak ucapkan selamat pengantin baru buat kawan baik aku; Sarah izohan, anak buah aku; farawahida, hanim Dan sepupu aku; Nadia... Semoga ikatan pernikahan kekal sampai ke akir hayat.. Semoga menjadi isteri yang solehah.. Amin..

Kedua nya, Syukur Alhamdulillah, urusan pembelian rumah dah selesai. Cuma tunggu oc dan kunci ja. Lega sangat2, sebab umah aku dekat dengan umah mak aku.. Nasib baik aku tak jadi beli rumah di Perda. Kalau tak, mau meraung aku meratap nasib jadi anak rantau... * drama je lebih, padahal, Perda tu lintas bridge je kot*...
sekarang ni, tengah kumpul2 duit, untuk renovate rumah ja la..

Then, yang ke tiganya, Syukur sangat2 sebab aku dah dapat taraf berpencen! * itu pun nak kecoh!*
pasni ash tak payah nak potong duit kwsp kat gaji...
Yeeeehaaaa.. Mak cik kaya! * glurrrrppp.. Kejap je kot kaya! Pasni kurang berada balik... Jangan ko joli2 katak sangat nak.. Ingat2 masa depan sama*

Urusan pindah opis sementara dah selesai. Tapi keja kat opis tak penah selesai. Sekarang aku menanggung kerja kawan aku yang bertukar ke ptj lain. Sebenarnya, memula, hati aku berat nak terima tugas ni. Tapi aku anggap ini satu cabaran untuk aku, so, aku terima ja la..
Best jugak jadi seksitari ni... Walaupun aku pakai baju kurung, tetap seksitari okey!
Aku enjoy dengan kerja aku sekarang ni. Walaupun keja banyak, tapi aku suka! Maybe sebelum ni, aku memang dah buat keja2 macam ni. Dulu, aku penah keja dengan company construction, ngan travel agent.. Memang tak banyak beza. Masa aku keja ngan construction company dulu, sorang kerani, handle 1 company. Kat opis lama aku, ada 3 kerani, so 3 company la... Time tu, memang hazab.. Dapat bos lelaki, tapi berangin 1 badan.. Hohoho...
Hazab tak hazab sangat, aku la kerani, aku la seksitari,aku la operator telephone, aku la pembantu am pejabat, aku la cleaner Dan aku lah segalanya! Cuma pecacai angkut najis ja belum, sebab tugas tu bos aku bagi kat maid indon dia..
Kawan 1 opis ngan aku, buat quotation ngan invoice sambil nanges2.. Gila skeri okey.. Aku ingatkan kena sampuk, rupa2 Nya, kena marah ngan bos.. Aku masa tu kuat, tak dak nangis2 ni..
Tapi tu cita dulu...
La ni keja kat sini, tak macam private company...
Keja pi tak brapa nak Ada.. Sampai orang kata, aku tadak keja..
Hohoho.... Memang aku tadak keja, tapi tapi tapi..... Percent data hrmis leh naik, sapa yang dok buat?????? Hantu kot... Tapi tu masa aku tadak kerja.. Dok goyang buah ja... Orang la kata... Aku memang dok wat keja, tp org still kata aku tak buat keja.. Tapi la ni, bila aku dah sibuk, banyak keja, gigih pulak mai dok tanya aku, sibuk ka???? Banyak keja ka????? Haiyooo... Time2 aku sibuk la, gigih nak bagi keja depa kat aku, nak suruh tulung buat. Masa dulu, aku tadak keja, tak Mai suruh pun. Komplen ja lebih! Dalam meeting, biaq aku terkontang kanting sorang2.. Sapa pun tak backup aku... Tapi tak pa.. Aku sabaq dulu....
Kan... Baru ja start ber blog, dah Ada sesi luahan perasaan. Ni yang aku tak suka ni...
Haih...

Entry ni tiada Bergambar. Next entry, aku masuk kan gambar ya.. Lagipun, aku tengah selsema, sakit kepala, sakit tekak... Sambil- sambil tunggu masa nak tido, aku dok pikir plan untuk jenjalan sempena wedding anniversary aku bulan 2 tahun depan... Awal sangat ke????? Hohoho.. Takpa.. Plan harus cemerlang ye babe!

Sekian.

Thursday, October 13, 2011

::~ P.E.N.G.U.M.U.M.A.N ~::

salam,

puan rumah sedang sebok pindah rumah, pindah office, berkursus, berbengkel...
bila dah siap segala, baru puan rumah akan kembali bersiaran.
sekian..

Friday, August 26, 2011

:::~ Selamat Hari Raya Aidilfitri ~:::

Maaf la aku tak dak kad raya cantik-cantik nak tepek kat sini.
tak dan nak buat!
tapi aku nak jugak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada semua kawan-kawan yang baca blog aku ni..

maaf zahir dan batin

atas segala salah dan silap perlakuan, pertuturan dan taip pan (apa punya bahasa ni???) aku di blog ni membuatkan sapa-sapa yang baca merasa tersinggung, tersentap dan ter sakit hati...

esok aku dah start cuti.. cuti kerja, cuti ber FB, cuti berblogging jugak..
5 september baru aku masuk keja semula ya...

Tuesday, August 23, 2011

:::~ berdua bersatu ~:::

Berdua Bersatu - Forteen

kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
ku sanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu


Sumber Lirik : blog sayapkecilku


** First time aku dengar lagu ni kat rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.
terus jatuh chenta!
nak jugak cari...
gigih betui. tapi selalu terlupa...
at last, baru dapat..
nak dengar sampai muntah!



Sumber gambar : Facebook Forteen

Monday, August 15, 2011

::~ menu berbuka 12, 13 dan 14 ramadhan ~::

salam ramadhan yang ke 15...
wah...
sat ja kan, dah 15 hari kita berpuasa....
pasni dah buleh dengaq la lagu raya kat radio kan...
macam kat opis aku ni, tak payah dengaq radio pun,
ada ja opismate aku pasang lagu raya dah!
dari minggu lepas lagi dah pun..
jadinya, harus la aku pun feeling-feeling tukar mood ke mood raya kan!

sabtu aritu, aku balik umah mama kat sungai ara..
insyaAllah, lepas ni kat kola nerang pulak!

entry kali ni agak panjang kot.
sebab aku rasa macam tak rajin nak post banyak-banyak kali..
aku post untuk 3 hari yang tak bersiaran tu kan!
tujuan aku letak gambaq makanan kat blog aku ni, bukan la saja nak bagi orang terliur. eh, ada ka yang terliur??? gambaq pun kelabu ja.. maklumla, pakai camera hp ja...
bukan tadak camera yang clear sket, tapi kat umah sewa aku ni, apa pun tadak.
takdak barang-barang berharga. sebab da serik...
time aku bawak balik lappy aku aritu, ada kejadian pecah selak pintu umah aku. then, cermin pun terbukak...
adoi.. nasib la pencuri tak dan nak masuk umah..
kalau tak, apa la yang di anak amek selain lappy!
so, pengajaran dia, aku tak letak apa pun barang berharga kecuali 2 benda..
eheheheh...

ok la, berbalik pada menu..
hari jumaat minggu lepas, bersamaan 12 Ramadhan,
aku tak masak. cuma beli ja kat bazar ramadhan.
sebab aku da teruja nak balik sungai ara, nak makan kanji a.k.a bubur lambuk mama aku!

jadinya, aku beli kuih kat akak yang juai kat opis aku ni..
sedap-sedap okey kuih akak ni..
yang paling aku suka, kuih lopes dia!
lembuttttttt ja!
tapi aku lupa amek gambar!
ehehehhe

12 Ramadhan


ni laksa usben aku. beli kat bazar jugak. ok la.. sedap jugak la... cuma sedikitttttttttt ja kurang masin...

 yang ni aku punya, rojak singapore! atau pasembor kalo orang penang panggil!


13 Ramadhan, Sabtu.

tadaaaaaaa!!! benda ni dah jadi fevret aku.
tapi bukan aku yang masak, adik aku yang buat.
nama dia Puding Roti Tuna kot!
puding kah? bukan bingka kah????
mana-mana pun takpa, asalkan sedap!
tuna yang pedas, ada rasa lemak-lemak, pastu dengan cheese yang banyak....
mabeles!
kalau nak resepi, sila la pi kecek-kecek kat adik aku ya!
hahahhaha....

aku sampai umah mama aku da kul 6 lebih.
sebab usben aku balik keja kul 5...
bila aku sampai, semua da terhidang kat atas meja makan.
tok su aku pun ada..
kiranya, kami ber enam la berbuka untuk hari sabtu dengan ahad...


macam kenai ja kan dengan benda ni?????
ya.... Suji Manis AGAIN!
lemak tak ingat la suji ni...
sebab aku tambah serbuk badam.
then aku guna susu IDEAL. jadi manis sket la kot!
tapi family aku suka!
adik aku jangan cakap la, sampai sahur pun benda ni la dia makan!
nasik tak makan, makan suji ni ja...
resepi DISINI ya.
cuma aku tambah serbuk badam ja. sebab tu la berlemak segala..


hahahha..
tiba-tiba muncul 2 ketul ayam KFC ni!
usben aku balik keja, tiba-tiba bawak KFC ni, tapi letak dalam polisterin!
rupa nya bos tempat keja dia bagi sorang 2 ketul...
siap dengan air tin bagai....
rezeki... (tapi aku tak jamah pun, sebab da kenyang sangat)


ninjiaaaaaa!!!!
kanji mama aku!
putih gebu macam mama aku jugak!
hahahha...
aku yang request nak kanji ni last week.
then, tok su aku pun request jugak suh buat....
sudahnya, seperiuk besaq mama aku buat!
makan la sampai kenyang!
memang fevret aku la neh!
yang ni pun, kalau nak resepi, pi la rajin-rajin nyendeng-nyendeng kat mama aku ya...


air aritu, ada 3 jenis okey!
tapi 1 ja aku sempat snap!
laici susu... AGAIN!
air blackcurrent dan air kopi o panas...


lepas tu, mama aku masak sambal telur ikan batu belah batu bertangkup!
hahahha...
adik aku punya request!


selesai la tayangan untuk menu hari sabtu...
sudahnya, tarawih kemana, aku pun melayari mimpi ntah kemana..
kenyang sangat-sangat!
apa pun, terubat rasa rindu aku kat kanji tu!
memang aku makan bermangkuk-mangkuk..
(buruk lantak betui la ini perempuan!)


14 Ramadhan, Ahad.

ni menu semalam...
sapa nak, pi umah mak aku!
ada lagi....
hahahhaha....
pagi semalam, aku dengan gigihnya buat Shepherd Pie!
wah!
da 2 hari makan menu orang putih ya!
kaya dengan keju-keju!
lepas ni, sila la muak okey!

tengok ja kat blog CMG tu ya.
sebab aku tak sempat nak taip resepi...
time lunch da nak abeh!
seperti biasa, kalau aku yang masak, apa yang aku suka, aku lebihkan...
serius, memang sedap!
tak rugi kalau try!
kalah pie yang dijual kat SC!
hahahha....

ni sebelum masuk oven. tengok la cheese tu banyak mana...


yang ni setelah keluar dari oven.


opssss! puding roti tuna adik aku still ada. 1 loyang besaqqqqq dia buat okey!


yang kat bawah ni, resepi Tok Su aku. dia penah keja jadi maid orang putih!
Broccoli masak apa aku pun tak tau nama dia!
memang sedap!
lemak-lemak gitu!
abah aku punya fevret!
ehehhehe...

rebus broccoli, then tos kan.
pukul 2 bijik telur  + susu cair, letak garam, kiub,lada hitam, then tuang dalam broccoli yang di susun dalam loyang. taburkan cheese.
lepas tu masukkan dalam oven, bakar sampai jadi kaler perang!
sedap gila!


ni pie aku. macam mana pic ni leh tersesat sampai kat bawah ni ntah!


banyak betui menu semalam!
hahahhaha....
pie tee..
tak buat pun..
beli ja kat kedai.
sebab semalam keluar pegi Sunway Carnival...
mama ngan adik aku yang soping.
aku cuma pi cuci mata ja...


haaa.. ni rupa boccoli tu sebelum dibakar~


yang ni selepas keluar dari oven! sorry gambar blurrrrr..


ni dalam pinggan aku..
round yang pertama ya!
round yang selepas tu, aku da lupa nak amek gambaq, sebab aku da teruja nak makan....


cukup-cukup la kot aku bersiaran untuk hari ni...
nak sambung buat keja pulak!
hari ni pun aku tak masak.
sebab bahan tak dak kat umah!
ehehehe..
alasan ja tu....
so, nak pikir la pulak, apa yang aku nak beli jap lagi kat bazar!
daaaaaaaaaa......

Thursday, August 11, 2011

::~ menu berbuka 10 ramadhan - ayam masak lemak cili api + air laici susu ~::

salam khamis!
wah...
cepatnya masa berlalu!
hari ni dah pun 11 ramadhan..

tadi aku da dapat baju raya yang aku tempah kat nadia.
teruja gila neh nak menerai baju tu sat lagi.
banyak jugak la baju aku tahun ni, berbanding dengan raya tahun lepas..
sebab tahun ni aku da jumpa dengan tukang jahit yang best!
to cikpah n nadia, ai nanti jadi regular customer cikpah ngan nadia tau!
gila suka ngan baju yang ada labuci bunga-bunga tu!

kat opi sni jugak, aku tengah dengar lagu raya..
hahahahha...
semangat betui!
semalam aku lupa bawak lagu raya tu, hari ni seisi membalas dendam la!
sekarang ni tengah menaip ni pun aku tengah mendengar lagu raya!
huhuhu....

semalam aku berbuka dengan nasik + ayam masak lemak cili api + kerabu mangga + kuih..
air nya , laici susu ais!

semalam malas nak singgah bazar ramadhan.
kuih aku beli ja kat opis..
risolles, kuih cara, lepat pisang dan balance murtabak perda yang sedap tu!
murtabak kat bazar ramadhan perda tu, nama tok kun kot! aku tak ingat!
sedap! aku suka! daging pun banyak... harga 2 ringgit ja..
tapi kalau pi lambat, selamat beratur ya!
time aku pi, orang tak dak lagi..
so aku tak payah nak menunggu lama-lama...
sat lagi aku nk singgah beli lagi!
hahahhaha...

masa kat opis, col usben, mintak tolong belikan bahan-bahan nak masak masak lemak cili api ayam ni..
dia sampai umah kul 6, terus aku start masak. resepi paling simple tapi menjadi fevret usben aku!
tak yah tumis-tumis bagai...
rebus ja semua...
aku letak:

ayam
bawang merah - dikisar
bawang putih sket - dikisar
bawang besar di belah-belah
kunyit hidup - dikisar
cili api - dikisar
asam keping
serai dititik
garam
kiub pati ayam
air sket
santan

cara aku buat:

masukkan semua bahan kisar dan ayam kecuali santan dalam periuk. masak sampai ayam tu keluarkan air.
lepas tu aku masukkan air sikit. adjust ikot suka la.
dah mendidih, aku masukkan santan. lepas tu rasa la apa yang patut, masin tak, manis tak..
kacau sampai kuah tu mendidih dan sampai ayam masak.
senang kan!
menu ni jugak aku makan masa sahur pagi tadi! :)



kerabu mangga ni aku beli kat bazar ramadhan


kuih cara, lepat pisang, risolles(betui ka aku eja neh??) dan balance murtabak


usben aku suka makan nasik waktu berbuka. so, aku masak 1 lauk ja.. tak sempat nak masak banyak-banyak lauk! eheheh...


ni air laici susu. memang fevret aku la air ni, sebab aku memang suka benda-benda yang berasaskan susu!
laci dalam tin tu aku campurkan dengan susu cair 1 tin, tambah gula sket, letak ais batu!
sorry sebab dalam gambar ni da tinggal separuh jug. sebab aku da tuang masuk dalam gelas!
dan hasilnya, usben aku suka sangat!


sebenarnya aku nak amek gambar air dalam gelas, tapi disebab kan aku pakai gelas yang tak leh nampak air kat dalam tu, aku snap dari atas je la...


*sorry ya, gambar kurang memuaskan, sebab pakai camera hp!*

hari ni aku rasa macam tak rajin nak masak. balik keja, aku nak ke bazar ramadhan. nak cari murtabak! :)

Tuesday, August 09, 2011

::~ menu berbuka 8 ramadhan - mee goreng simple - ~::

salam....
hari ni da masuk hari ke 9 kita puasa kan...
sat ja rasa nya!

semalam balik keja, kelam kabut la bukak fridge, tengok apa bahan yang ada yang boleh aku masak...
mee kuning ada balance yang aritu punya, so aku rasa macam nak makan mee goreng...
main campak-campak ja apa yang ada....
aku suka mee kering-kering dari mee basah-basah..
sebab mee basah ni macam mengambang sket!
hahahha...
tapi kalo lapar, tak kira la basah ka, kering ka, janji leh makan....
untuk sahur, aku buat tomyam ayam..
tapi aku lupa nak snap gambar! :)
dan seperti biasa, sorry sebab kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai hp ja!




aku nak taip resepi, tapi tak dak sukatan kot, sebab aku rasa apa yang aku nak lebih, aku lebih kan....
bak kata orang, aku ni jenis orang tua... kojaq!!!!
hahhaha.. orang tua-tua kan masak tadak sukatan! macam tu jugak la aku!

bahan-bahan:

mee kuning 1 bungkus - tapi aku pakai setengah bungkus ja.. - cuci dan toskan.
minyak untuk tumis.
bawang merah - kisar.
bawang besar - kisar.
bawang putih - kisar.
cili boh atau cili kering dikisar - aku letak dalam 1 1/2 sudu.
tomato sos - aku letak dalam 3 sudu.
kicap pekat - aku pakai cap MAJU.. sedap! :)
kiub pati ayam 1.
telur ayam 1 biji.
udang basah - aku letak segengam dan aku buang kulit.
fishball dan fishcake - aku goreng dulu.(dihiris)
sosej sebatang - pun aku goreng dulu.(dihiris)
buah tomato 1 biji. dibelah 6.
daun bawang /daun sup sikit.
garam
air sikit.
*aku tak letak sayur sebab tadak stok kat umah*


cara-cara:

1- Panaskan minyak, tumis bawang smpai naik bau. masukkan cili boh / cili kering tadi. biar sampai cili agak masak.
2- Masukkan udang, sos tomato, kicap dan buah tomato. kacau rata.
3- kalo agak pekat sangat, masukkan air sikit. agak-agak sendiri la ya. kemudiam masukkan kiub, garam. garam tak payah banyak sangat, sebab mee kuning tu dah masin.
4- masukkan mee, fishcake, fishball dan sosej. kacau sampai rata...
5- kemudian masukkan telur, kacau la sampai telur dan mee tu masak.
6-masukkan daun bawang dan daun sup...
7-kacau rata, pastu dah boleh hidang! :)

ni cara yang selalu aku buat. sebab aku suka mee jenis macam ni..
lain orang, lain citarasa! :)

*tengah dok pikiaq, petang ni nak masak apa pulak!*